RSS

Saturday, March 5, 2011

Tempoh Percintaan Episod 3......


Mcm-mcm yg berlaku sepanjang kami bercinta...jarak yg jauh tak menghalang kami utk terus bercinta..walaupun terlalu bnyk suka duka, tawa, tangis yg tpaksa kami harungi...peristiwa yg paling mengharukan aku dan takkan aku lupakan, bila aku balik ke jb...biasanya aku akan naik bas KKKL atau delima dr melaka ke larkin..sebaik je aku turun tangga bas, muka pertama yg aku nmpk adlh dia...dia akan tsenyum dan penuh setia tunggu aku...terharu tau...slama 3 thn, dia tak jemu-jemu jemput aku, tunggu aku kat betul2 dpn tangga bas dan pastikan aku selamat sampai ke rumah..
Bila nak balik ke melaka semula, dia akan hantar aku smpi ke tangga bas dan tunggu sampai bas aku jalan...rasa mcm sedih dan terharu sgt2..biasanya aku akan menangis dan dr luar bas dia akan bg isyarat utk aku berhenti menangis..tp aku nmpk dari matanya yg air matanya jugak bergenang cuma dia control je..hehehehe..bila bas dh jln, lgla aku sedih sbb dia akan tunggu dan tengok aku sampai kami dh tak nampak antara satu sama lain. Pernah jugak dia ikut bas yg aku naik sampai ke taman suria sbb kat situ biasanya bas yg aku naik akan ambil org lg dan tu perhentian terakhir sblm bas aku terus bergerak ke melaka...itula yg blaku selama 3thn...mcm jiwang je kan...
Bila igt2 blk, kelakar la jugak..hehehehehe..spjg 3 thn tu jugak pernah dia dtg ke melaka semata-mata utk sambut besday aku..betul jugak kan kalau org kata "cinta itu buta" dan kerana cinta org sanggup buat apa sahaja. Slps 3 thn, kami pun sama-sama menamatkan pengajian kami..tp dia tamat lebih awal dan konvo lebih awal..aku berkesempatan melihat dia menerima ijazah dia kat UTM bersama kedua-dua ibubapanya..lps dia konvo, giliran aku pulak konvo dan dia pun dpt tgk aku bergraduat bersama-sama keluarga aku..
Tak lama lps aku konvo, kami sama-sama bersepakat utk bertunang...perkara pertama yg amat indah dlm idupku bila ibubapanya dtg ke rumah merisik aku utk dia...tak lama lps tu, kami pun bertunang dan mengikat tali pertunangan selama 2 thn utk memberi peluang kpd kami membina kerjaya dan mengukuhkan dulu ekonomi kami. Pada thn yg sama lps kami bertunang, aku diterima bekerja di sebuah kolej di Bandar Penawar dan dia pula menjalankan perniagaan dlm bidang cermin mata.
Bermcm-mcm cubaan yg berlaku spjg kami bertunang...pernah sampai nk putus tunang tau..benar kata org, kalau bertunang jgn lama-lama sbb cubaan semasa bertunang terlalu hebat dan aku pun mangakuinya..tp bak kata pepatah kalau dh jodoh tak ke mana dan mungkin Allah s.w.t mmg dh mtakdirkan kami utk hidup bersama. Kami berjaya juga melalui pelbagai cubaan, dugaan dan rintangan spjg pertunangan kami.
Nk djadikan kisah lg, 4 bln sblm kami berkahwin, dia memohon utk bekerja di kolej tmpt aku bekerja dan dia diterima bekerja sbg seorang pensyarah...bermula dr tu, kami pun bekerja dibwh satu bumbung dan aku pun terimbas kembali masa zaman kami sekolah dulu2 yg kami selalu ddk satu kelas..dh kerja pulak, kami ddk lg 1 tmpt kerja...nmpknya hidup kami mmg ditakdirkan utk sentiasa bersama...kenal dr thn 1990 (tadika), satu kelas je dr thn 1997 (darjah 1), 2000 hingga 2003 (tingkatan 6)...bercinta dr thn 2002-2009....terlalu lama aku mengenali dia...hari yg kami nanti2 kan pun hampir tiba...bersambung...

0 comments:

Post a Comment