RSS

Saturday, March 5, 2011

Tempoh Percintaan Episod 3......


Mcm-mcm yg berlaku sepanjang kami bercinta...jarak yg jauh tak menghalang kami utk terus bercinta..walaupun terlalu bnyk suka duka, tawa, tangis yg tpaksa kami harungi...peristiwa yg paling mengharukan aku dan takkan aku lupakan, bila aku balik ke jb...biasanya aku akan naik bas KKKL atau delima dr melaka ke larkin..sebaik je aku turun tangga bas, muka pertama yg aku nmpk adlh dia...dia akan tsenyum dan penuh setia tunggu aku...terharu tau...slama 3 thn, dia tak jemu-jemu jemput aku, tunggu aku kat betul2 dpn tangga bas dan pastikan aku selamat sampai ke rumah..
Bila nak balik ke melaka semula, dia akan hantar aku smpi ke tangga bas dan tunggu sampai bas aku jalan...rasa mcm sedih dan terharu sgt2..biasanya aku akan menangis dan dr luar bas dia akan bg isyarat utk aku berhenti menangis..tp aku nmpk dari matanya yg air matanya jugak bergenang cuma dia control je..hehehehe..bila bas dh jln, lgla aku sedih sbb dia akan tunggu dan tengok aku sampai kami dh tak nampak antara satu sama lain. Pernah jugak dia ikut bas yg aku naik sampai ke taman suria sbb kat situ biasanya bas yg aku naik akan ambil org lg dan tu perhentian terakhir sblm bas aku terus bergerak ke melaka...itula yg blaku selama 3thn...mcm jiwang je kan...
Bila igt2 blk, kelakar la jugak..hehehehehe..spjg 3 thn tu jugak pernah dia dtg ke melaka semata-mata utk sambut besday aku..betul jugak kan kalau org kata "cinta itu buta" dan kerana cinta org sanggup buat apa sahaja. Slps 3 thn, kami pun sama-sama menamatkan pengajian kami..tp dia tamat lebih awal dan konvo lebih awal..aku berkesempatan melihat dia menerima ijazah dia kat UTM bersama kedua-dua ibubapanya..lps dia konvo, giliran aku pulak konvo dan dia pun dpt tgk aku bergraduat bersama-sama keluarga aku..
Tak lama lps aku konvo, kami sama-sama bersepakat utk bertunang...perkara pertama yg amat indah dlm idupku bila ibubapanya dtg ke rumah merisik aku utk dia...tak lama lps tu, kami pun bertunang dan mengikat tali pertunangan selama 2 thn utk memberi peluang kpd kami membina kerjaya dan mengukuhkan dulu ekonomi kami. Pada thn yg sama lps kami bertunang, aku diterima bekerja di sebuah kolej di Bandar Penawar dan dia pula menjalankan perniagaan dlm bidang cermin mata.
Bermcm-mcm cubaan yg berlaku spjg kami bertunang...pernah sampai nk putus tunang tau..benar kata org, kalau bertunang jgn lama-lama sbb cubaan semasa bertunang terlalu hebat dan aku pun mangakuinya..tp bak kata pepatah kalau dh jodoh tak ke mana dan mungkin Allah s.w.t mmg dh mtakdirkan kami utk hidup bersama. Kami berjaya juga melalui pelbagai cubaan, dugaan dan rintangan spjg pertunangan kami.
Nk djadikan kisah lg, 4 bln sblm kami berkahwin, dia memohon utk bekerja di kolej tmpt aku bekerja dan dia diterima bekerja sbg seorang pensyarah...bermula dr tu, kami pun bekerja dibwh satu bumbung dan aku pun terimbas kembali masa zaman kami sekolah dulu2 yg kami selalu ddk satu kelas..dh kerja pulak, kami ddk lg 1 tmpt kerja...nmpknya hidup kami mmg ditakdirkan utk sentiasa bersama...kenal dr thn 1990 (tadika), satu kelas je dr thn 1997 (darjah 1), 2000 hingga 2003 (tingkatan 6)...bercinta dr thn 2002-2009....terlalu lama aku mengenali dia...hari yg kami nanti2 kan pun hampir tiba...bersambung...

Wednesday, March 2, 2011

Tempoh Percintaan Episod 2...

Selepas form 5, kami sama-sama masuk form 6 dan nk dijadikan kisah, kami ddk lg satu kelas... Asyik satu kelas je kan....pastu kami masih lg jd pengawas dan masuk plak pengakap kelana. Mcm2 la yg blaku spjg tempoh tu, seperti biasa dia suka buli aku. Dia suka suruh aku buat kerja mcm2. Pernah sekali dia dpt panggilan utk masuk tentera udara kat kelantan, aku jugak yg jd sasaran utk buatkan dia surat...xpsl2..suka sgt buli aku...tak lama pastu, dia buat keputusan utk berhenti tingkatan 6 dan masuk tentera udara.
Tiba2 aku mcm sedih la plak...ntah apa2 je ati ni...Lps seminggu dia pergi dan berhenti dr tingkatan 6, kami ada camping kat sekolah tiba2 je dia muncul time camping tu. Aku siap toleh 2 kali mana tau salah tgk ke...tp comfirm mmg dia la. Lps seminggu kat kelantan, dia blk semula dan nak sambung semula belajar tingkatan 6 tak jadi pulak masuk tentera. Dlm hati mcm tak suka jgak nnti dia buli aku lg tp separuh dlm hati ada jugak perasaan suka...hehehehe..Dlm akhir thn tingkatan 6 rendah, waktu tu tengahari jumaat.
Masa tu masing-masing semua dh nk balik, pastu satu membe kitaorg namanya zura, dia kenakan kami. Dia ckp kat aku asrie nk jumpa kat kelas, pastu dia ckp kat asrie, aku pulak nk jmpa. Kami pun jumpala...time tu semua org dah keluar kelas. Masa tu, kami pun sama-sama luahkan perasaan kami dan rupanya kami berdua ada hati antara satu sama lain...hehehehe..mcm kelakar je kan...
Pada keesokan harinya, masa tu aku tgh mengemas rmah, tiba2 je bunyi telefon...dan bila angkat, tak sangka rupanya dia call dan tanya pasal perbincangan semalam dan kami pun ambil keputusan utk cuba dgn hubungan ni..malu jugak...dia pulak nk panggil ayang dan abg, rasa mcm geli je sbb xbiasa. Sejak tu kami pun couple sampaila habis tingkatan 6...Lepas tingkatan 6, kami terpaksa berpisah sebab sambung belajar.
Dia belajar kat UTM skudai dan aku kat KYM kat melaka...Sedih sgt2 sbb kami tak pernah berpisah..yelakan, kenal pun sejak tadika lg smpila tingkatan 6 mana la tak sedih...mcmmana sekali pun, kami terpaksa jugak berpisah demi mengejar impian masing-masing. Setiap hari kami akan sentiasa ber sms boleh dikatakan setiap masa la...nk pergi kelas mesej, dah balik kelas mesej, sarapan, mkn tengahari, smpila kami tido, kami takkan berhenti sms.
Jdnya kami akan sentiasa rasa dekat je kat hati...hehehehe..jiwang kan...kalau igt balik, kelakar jugak rasanya...mana taknya kalau mkn je, tak kisahla sarapan ke, mkn tengahari dan mlm mesti kitaorg mkn sama-sama walaupun jauh...dia akan sms "ayang,yok kita mkn..." aku pun jwb, "yokla.."dia balas blk "bismillahirrahmannirrahim..."dan aku pun balas blk ckp "amin..."..mcm tu la tiap2 hari selama 3 thn....time tido pun sama, kami akan tido sama2 dan dia akan sms ckp "slamat mlm ayang, love u so much..miss u...tido yg nyenyak k...sleep tide dan dia akan baca doa tido utk kami berdua..aku pun akan balas mesej dia dan ckp perkara yg sama dan barula kami akan tido...mcm tula yg berlaku tiap2 hari selama 3 thn kami sambung belajar...kalau aku xmkn, dia xmkn,..kalau aku tak tido dia pun tak tido dan mcm tula sebaliknya...jiwangnya la kan...hehehehehe...bersambung....

Monday, February 28, 2011

Tempoh percintaan...

Cinta...tempoh percintaan aku bermula dr sekolah menengah lg. Aku tak pernah bercinta, boleh dkatakan dia adlh cinta pertama aku..hehehe..nk kata berkenalan, aku berkenalan dgn dia sejak sekolah tadika lg..dr form 1 smpi form 6, kami ddk satu kelas. Masa tingkatan 1,aku jd penolong kelas & dia jd ketua kelas. Pada mulanya, aku tak berapa suka dgn dia sbbnya dia ni ramai sgt peminat. Adik angkatla,kakak angkatla smpi kitaorg sume gelar dia mat bunga...hehehehehe..nk kata hensem tu, hensemla jgak.
Tp yg peliknya, mna ada aku, di situ ada dia..dh jodoh agaknya..hehehehe. Kami sama-sama masuk pengakap dan selalu camping sama-sama. Tpnya dia xtau yg aku & kwn2 selalu ngumpat2 n kata2 dia mat bunga. Pendek kata, aku n kwn2 aku mmg antila dgn dia. Yg aku paling xsuka, dia ni suka buli aku dlm kelas. Bila ada kelas kimia masa form 5, tmpt dia adlh sblh meja aku. Cikgu yg mengajar kami masa tu, adlh cikgu laizinah, mcm2 eksperimen kami buat & part yg paling aku takut adlh bila nk idupkan penuhu bunsen.
Bila mintak tolong, dia xpernah nk tolong idupkan & selalu ketawakan aku. Bila buat eksperimen latex mgunakan getah pokok getah, dia dan kwn dia (bob) panggil aku n kumpulan aku ojol sbb kami je buat sampai satu bdn bau ojol. Jahat betul dia. Pastu kami sama-sama pulak jd pengawas sekolah & kat mana aku jaga, kat situ ada dia (mcmmn ntah bleh ditakdirkan bsama je) & mcm biasa, dia akan buli aku bersama kwn dia yg bernama bob....bsambung...

Hidup ini satu anugerah terindah..

Hidup ini adlh satu anugerah yg amat terindah..aku amat bersyukur kpd Allah s.w.t krn diberikan kehidupan yg sempurna bgku. Hidup aku dikelilingi oleh keluarga yg amat menyayangi aku, kwn2 yg amat supportiv dan selalu menggembirakan n menghiburkan aku. Pada usia menginjak ke 27 thn ni, aku telah diberikan kehidupan yg sempurna oleh Allah s.w.t. Aku amat bersyukur dianugerahkan permata hati yg amat comel dan mencuit hati yg baru berusia 3 bln. Smoga Allah s.w.t memanjangkan umurku spy aku dpt membesarkan anakku dgn sempurna dan semoga dia menjadi anak yg bijak, solehah dan taat pd agama. Blog ini aku ciptakan utk aku kongsikan pgalaman hidupku sehingga Nur Alya Amani hadir dlm hidupku..terima ksh ya Allah..

Salam perkenalan...

Assalammualaikum dan salam perkenalan kpd semua...