RSS

Wednesday, March 2, 2011

Tempoh Percintaan Episod 2...

Selepas form 5, kami sama-sama masuk form 6 dan nk dijadikan kisah, kami ddk lg satu kelas... Asyik satu kelas je kan....pastu kami masih lg jd pengawas dan masuk plak pengakap kelana. Mcm2 la yg blaku spjg tempoh tu, seperti biasa dia suka buli aku. Dia suka suruh aku buat kerja mcm2. Pernah sekali dia dpt panggilan utk masuk tentera udara kat kelantan, aku jugak yg jd sasaran utk buatkan dia surat...xpsl2..suka sgt buli aku...tak lama pastu, dia buat keputusan utk berhenti tingkatan 6 dan masuk tentera udara.
Tiba2 aku mcm sedih la plak...ntah apa2 je ati ni...Lps seminggu dia pergi dan berhenti dr tingkatan 6, kami ada camping kat sekolah tiba2 je dia muncul time camping tu. Aku siap toleh 2 kali mana tau salah tgk ke...tp comfirm mmg dia la. Lps seminggu kat kelantan, dia blk semula dan nak sambung semula belajar tingkatan 6 tak jadi pulak masuk tentera. Dlm hati mcm tak suka jgak nnti dia buli aku lg tp separuh dlm hati ada jugak perasaan suka...hehehehe..Dlm akhir thn tingkatan 6 rendah, waktu tu tengahari jumaat.
Masa tu masing-masing semua dh nk balik, pastu satu membe kitaorg namanya zura, dia kenakan kami. Dia ckp kat aku asrie nk jumpa kat kelas, pastu dia ckp kat asrie, aku pulak nk jmpa. Kami pun jumpala...time tu semua org dah keluar kelas. Masa tu, kami pun sama-sama luahkan perasaan kami dan rupanya kami berdua ada hati antara satu sama lain...hehehehe..mcm kelakar je kan...
Pada keesokan harinya, masa tu aku tgh mengemas rmah, tiba2 je bunyi telefon...dan bila angkat, tak sangka rupanya dia call dan tanya pasal perbincangan semalam dan kami pun ambil keputusan utk cuba dgn hubungan ni..malu jugak...dia pulak nk panggil ayang dan abg, rasa mcm geli je sbb xbiasa. Sejak tu kami pun couple sampaila habis tingkatan 6...Lepas tingkatan 6, kami terpaksa berpisah sebab sambung belajar.
Dia belajar kat UTM skudai dan aku kat KYM kat melaka...Sedih sgt2 sbb kami tak pernah berpisah..yelakan, kenal pun sejak tadika lg smpila tingkatan 6 mana la tak sedih...mcmmana sekali pun, kami terpaksa jugak berpisah demi mengejar impian masing-masing. Setiap hari kami akan sentiasa ber sms boleh dikatakan setiap masa la...nk pergi kelas mesej, dah balik kelas mesej, sarapan, mkn tengahari, smpila kami tido, kami takkan berhenti sms.
Jdnya kami akan sentiasa rasa dekat je kat hati...hehehehe..jiwang kan...kalau igt balik, kelakar jugak rasanya...mana taknya kalau mkn je, tak kisahla sarapan ke, mkn tengahari dan mlm mesti kitaorg mkn sama-sama walaupun jauh...dia akan sms "ayang,yok kita mkn..." aku pun jwb, "yokla.."dia balas blk "bismillahirrahmannirrahim..."dan aku pun balas blk ckp "amin..."..mcm tu la tiap2 hari selama 3 thn....time tido pun sama, kami akan tido sama2 dan dia akan sms ckp "slamat mlm ayang, love u so much..miss u...tido yg nyenyak k...sleep tide dan dia akan baca doa tido utk kami berdua..aku pun akan balas mesej dia dan ckp perkara yg sama dan barula kami akan tido...mcm tula yg berlaku tiap2 hari selama 3 thn kami sambung belajar...kalau aku xmkn, dia xmkn,..kalau aku tak tido dia pun tak tido dan mcm tula sebaliknya...jiwangnya la kan...hehehehehe...bersambung....

0 comments:

Post a Comment